Pengalaman Belajar di Kolej Mara Kulim

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum semua😊. Fuh nervous ni first time tulis blog😨. Aku mohon maaf kalau terdapat banyak kekurangan dalam blog aku ni. Tujuan aku tulis blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman aku sepanjang aku bergelar pelajar Kolej Mara Kulim. Batch aq merupakan batch ke 9 bagi program Pra-U USM (2019/20). Boleh cakap yang batch aku merupakan batch yang kurang bernasib baik kerana tempoh pengajian kami tak sampai 10 bulan seperti dinyatakan dalam surat tawaran akibat daripada penularan wabak COVID-19. Aku cuba bersangka baik bahawa semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Hanya Allah yang tahu. Kenapa aku cakap batch aku kurang bernasib baik? Best kot tamat pengajian awal dari sepatutnya. Final pn cancel. Sem 1 je struggle utk final. Kami kurang bernasib baik sebab tak dapat duduk lama lagi kat KMKu. Tak sempat nak create banyak memori lagi kat KMKu. Perpisahan kami pun tak 'proper'. Balik cuti midsem ingatkan akan balik kolej lagi, rupanya tu merupakan kali terakhir kami berada di kolej (kecuali masa kami pergi ke kolej utk clearance barang). Sorry, banyak pulak membebel. Ok sekarang, kita go back to the main purpose aq tulis blog ni........

RUTIN KETIKA DI KMKU💓

Bila dah bergelar pelajar di KMKu, berikut adalah rutin yang akan korang jalani setiap hari. First, of course la ada minggu orientasi. Yang ni aku taknak hurai panjang sangat. Korang pn tahu apa biasanya aktiviti yang ada sepanjang minggu orientasi. Ice breaking, taklimat, pusing2 kolej, game dsb. Tapi apa yang berbeza, batch aku xdpt jadi faci kepada batch 20/21 seperti batch2 sebelum sbb current situation. Jujur cakap, aku terasa ralat skit. 

Ok, tamat je minggu orientasi maka bermulalah jadual harian sebenar korang sebagai pelajar KMKu. First week belajar, maybe korang akan rasa terkejut skit. Lecturer takkan start dengan gear 1. Ready untuk masuk gear 3 terus (bila dah 1/2 bulan belajar, ready gear 5 plak). Tapi of course la ada sesi ice breaking dgn lecturer. Dah bergelar student kolej kan, takkan la belajar speed sama ngan SPM. Kat sini, korang akan dibahagikan kepada beberapa kelas lecture (bergantung kepada bilangan student batch korang) dan dalam kelas lecture tu korang, korang akan dibahagikan lagi kepada beberapa kelas tutorial. Bila ada kuliah, korang akan bersama dgn kelas lecture korang dan bila ada tutorial, korang akan bersama dengan kelas tutorial korang. Dalam kelas tutorial ni, korang akan berbincang latihan2 dan soalan2 yg ada dalam buku tutorial (buku latihan) setelah korang dah habis belajar satu2 topik dalam kelas kuliah. Pastikan korang siapkan tau buku tutorial tu sebelum masuk kelas tutorial

Disebabkan classmate korang dlm kls tutorial ni tak ramai dan sealalu jumpa, mereka ni lah akan menjadi orang paling rapat dengan korang kat kolej nanti. Tak salahlah kalau nak cakap mereka ialah second family korang di KMKu. So dalam masa 10 bulan ni, cubalah bina ukhuwah sebaik mungkin dengan mereka. Cubalah spend time masa dgn mereka selain dari waktu homeroom. Oh lupa nak cite pasal homeroom. Homeroom ni ialah waktu di mana korang melakukan aktiviti santai bersama kawan2 kelas tutorial korang dan guru homeroom. Waktu homeroom ni ada seminggu sekali. Nah, aku payung skit gambar aq bersama "second family aku"


Fuh penat wei nak cari gambar kitorang yang behave. Aku, yang baju kemeja purple tu 


Mengisi waktu lab yang tersisa


Ni gambar kitorang pergi jalan2 kat Pulau Pinang. Semua tunjuk 4 sempena nama kls kitorang, A4


Okk, back to the point. Semua kelas kuliah dan tutorial korang akan diadakan di blok akademik
Blh rujuk peta ni untuk tgk kat mana blok akademik
 

Antara nama dewan kuliah kat KMKu ialah Dewan Teratai, Melati, Kenanga, Melur dsb. Fyi, nama2 dewan ni diambil dari nama kawasan perumahan di sekelling kolej. Nanti korang akan rasalah peritnya kalau ada kls kat Dewan Kenanga. Aku dgr nama Dewan Kenanga pn dh rasa penat. Dalam peta tu, Dewan Kenanga berada di nom 4. Bukan setakat jauh, nak pergi ke situ kena mendaki tangga. Lagilah penat kalau ada kls kat dewan tu pada waktu petang. 

Kelas korang akan start pukul 8.00 pagi sampai 4.30 ptg untuk hari Ahad-Rabu. Khamis kls sampai tgh hari je. Pagi korang akan sarapan kat Dewan Selera (DS) dr 6.30 pg-7.30 pg. Turun awallah sbb ramai je yg miss breakfast sbb turun slps 7.30 pg. Kalau boleh, usahalah turun solat subuh berjemaah kat surau. Tak la rushing nak breakfast plus dpt bonus pahala plak tu. Sambil2 turun pagi tu, korang boleh hantar pakaian kotor korang ke dobi (2 kali seminggu. turn hantar dobi berdasarkan warna beg dobi korang). Hantar dobi ni kena sebelum pukul 8.00 pg. Lepas je pkl 8.00, makcik dobi takkan terima. Selesai je sarapan, korang akan bergerak ke surau untuk bacaan Al-Mathurat start 7.40pg-7.55pg. Yang lelaki tu rajinkanlah diri utk volunteer baca kat depan. Tak la nanti semua orang boring tgk muka sama je baca kat depan. Seusai selesai bacaan Mathurat, korang pun akan bergerak ke dewan kuliah/bilik tutorial masing2. Pkl 10.20pg, korang akn rehat minum pagi. 20min je. Kalau ada masa lebih, bolehla tunaikan solat sunat dhuha kat surau. 10.40pg, masuk kls balik. Belajar....belajar.....belajar, pkl 1.20tgh hr plak korang akn rehat solat zohor dan makan tgh hari sampai pkl 2.30ptg. Korang akn setel solat and makan dlm pkl 2 kalau takde gangguan pape. Aku nasihatkan supaya korang berehat kejap sblm masuk kls balik supaya dpt absorb ilmu yg akn korang belajar pada waktu petang yg memenatkan sampai pkl 4.30ptg. Aku biasa tidur kat surau dlm 10 minit (kadang2 terlajak😅) kat bhgn bucu depan surau. Ramai je yang tidur kat situ. Yang nk solat zohor berjemaah batch kedua, terpaksalah beralah dan solat kat belakang surau....hahaha😂. Begitulah rutin korang dr Ahad-Rabu. Hari Khamis pulak, korang akan ada kls sampai pkl 11.20pg je. Then rehat minum pagi sampai pkl 11.40pg. Kalau ada assembly, so korang kena berkumpul kat Dewan Darul Aman (DDA). 

Hari Khamis merupakan hari yang dinanti nantikan sbb kls habis awal dan blh keluar outing. Waktu outing yang dibenarkan ialah Khamis 2.30pm - 10.00pm, Jumaat 8.00am - 10.00pm, Sabtu 8.00am - 7.00pm. Kalau tak patuh waktu outing tu, kad matrik korang akan ditahan dan xboleh outing next week. Outing xde asing lelaki perempuan. Korang jugak blh memohon untuk pulang bermalam kepada sesiapa yang rumah dekat and nak balik masa weekend dan kalau korang nk keluar jalan2 ngan kawan2 time weekend and nak tidur di luar kolej (cthmya, macam aku keluar jalan2 kat Pulau Pinang). Antara tempat menarik nak keluar outing ialah Kulim Central, AEON mall Bukit Mertajam, Tesco Kulim and Kedai Kak Sah. 


Kat sini, korang blh tgk wayang (MBO), main boling, karoake pn ada. Tak jauh dr mall ni, ada McD. blh jalan kaki je pergi. Dalam ni ada Texas Chicken, KFC, Giant dan byk lagi. tambang grab (RM7)


Kat sini istimewanya ada panggung je (TGV) selain mall yang luas. Mall ni lebih jauh kalau nak dibandingkan dgn Kulim Central. Tambang grab (RM13)


Satu lagi tempat wajib pergi ialah kedai makan Kak Sah. Terletak betul2 depan kolej. Makanan kat sini semua sedap2. Pekerja kat sini pn semua peramah. Blh borak2 dgn diorang. Nasi bujang kat sini akan jadi makanan asasi korang percayalah...hahahaha😂. Blh amik nombor and order makanan kat sini kalau2 makanan kat DS tak kena dgn selera korang. Ptg dlm pkl 6.00 blh gi ambil kat pondok pak guard. Ouh, alang2 dah sebut padal makanan DS ni kan, ni aku nk cite skit pasal makanan DS. Overall makanan semua sedap je. Hidangan yang aq nanti nantikan kat DS ialah ikan keli goreng, chicken chop dan spageti. Tapi jgnla expect menggunung sgt sbb makanan disediakan dlm kuantiti yang banyak. Aku percaya majoriti yang akan pergi ke KMKu ialah student MRSM dan SBP. So aku harap korang sedia maklumla macam mana hidangannya. Hidangan yang aku sebut tu adalah hidangan yang paling sedap bagi aku antara semua hidangan yang sedap kat DS (bukan main control ayat nak bagi good first impression kat makanan DS😅). Pekerja DS ni bukan main ikhlas nak serve yang terbaik kat student KMKu. Buktinya, kitorang MPP (ya, aq salah seorang MPP) ada group ws dengan orang atas DS supaya senang kami nak menyampaikan aduan student kepada mereka

Dah tahu kan serba sedikit pasal KMKu. Semua yang aku share kat atas nampak macam seronok kan. Mesti dah semakin semangat kan nak masuk KMKu. Haa, ni aku nak bagi peringatan mesra skit. Akan ada satu masa korang rasa stress. Rasa nk give up. Maybe sbb kerja byk2 dtg serentak plus due date dekat. And maybe susah nak catch up dengan silibus. Ni aku nk pesan, KUATKAN SEMANGAT. That time will past through fast. Kejap je rasa stress tu. Biasala, stress tu sbb korang sedang bertukar fasa dari student sekolah menengah ke student kolej. Bukan, korang, student KMKu je. Pelajar kat mana2 kolej atau U pun sama. Bila korang dh setel kerja satu2 n igt balik masa korang down tu, korang akn senyum. Pengalaman camni lah yg akn mematangkan korang. Lumrah pelajar. Dh nama pun menuntut ilmu, jihad di jalam Allah. Tak kan tak ada ujian. Ni aku share doa yang mak aku suruh amalkan kalau tertekan

Doa ni aku tulis dan tampal kat meja study aku. Surah Al-Ghafr ayat 44


Secara ringkasnya, kehidupan kat KMKu ni seakan akan sama ngan kehidupan di MRSM dan SBP but lebih longgar jadual hariannya. Cthmya, xde prep malam, peraturan outing lebih longgar but still semua lecturer kat KMKu baik2 dan caring macam cikgu sekolah menengah. Bagi aku pengalaman kat KMKu completely different with my high school life sbb aku dari SMK harian. 

Panjang weh aku taip hahahaha😂. Tak sangka first blog dah panjang macam ni. Aku igt nk share skali aktiviti menarik dan cerita seram kat KMKu. In sya Allah aku akan sambung lagi dalam blog akan datang. Sori sgt2 sbb aku banyak merapu. Kalau ada apa2 nak tegur utk aku improve next blog aku atau nak tanya apa2 pasal KMKu, boleh berbuat demikian di ruangan komen. Semoga perkongsian aku ni dapat membantu bakal2 pelajar KMKu pada masa hadapan lebih2 lagi kepada junior batch 20/21 dan menjadi saham akhirat untuk aku. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang menyumbangkan idea untuk aku mengarang blog ini (junior batch 20/21 dan rakan2 MPPku)

Sekian. Terima Kasih kerana sudi membaca😊. Assalamualaikum

Ulasan

  1. Padu lah manager mcd ni baru bos saya hhahaahhaha

    BalasPadam
  2. Hahahha..mulut sepetah tangan😌

    BalasPadam
  3. Kemah sahabat ambo... Semoga terus suksess

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Batch sy 19/20 sempat online class hujung sem 2. Kami balik utk cuti midsem tup2 pkp. Terus tak balik kolej. Method class online kami masa tu, lecturer bagi tugasan melalui Google classroom. Lecturer bagi slide utk self study. Kalau ada apa2 tak faham blh tanya lecturer dlm grup. Plus batch sy final dibatalkan dan digantikan dgn course work melalui Google classroom

      Padam
  5. Every solat fardhu wajib jemaah kat surau or tak ?

    BalasPadam
  6. salam kak.. nak tanya... ini program under ytp ke... mohon notice dan jwb.. terima kasih kak :)

    BalasPadam
  7. Drp pemahaman saya, Kolej Mara Kulim ada beberapa program, contoh Pra-USM, Matrik KPM. Betul ke? Lagi satu, bagaimana dengan kelas pembelajaran dan asrama? Asing atau campur? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kolej mara Kulim ada 4 program tapi basically semua asasi untuk U masing2 plus matrik. Blok asrama lelaki nun di puncak bukit😅. Blok akademik plak kat bawah. Wajib berpeluh setiap kali nk gerak dr asrama ke blok akademik. Dpt senaman free2. Ok lah tu sbb sehari 5 kali makan dan diet yg dijaga. Blok asrama perempuan pn kena naik bukit jgk tapi takla setinggi lelaki punya

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. kalau pra u usm sains fizikal blh ke ambik bio? dlm website tulis blh pilih antara sc dan bio tapi takut yg lama punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat saya tahu bila masuk under program pra u usm, semua sama je belajar. Nanti nk mintak course degree pn bebas nak minta course mana2 yang ditawarkan. Tapi tu masa batch saya la. Saya xpasti untuk cara pembahagian yang latest

      Padam
  10. Berapa ramai pelajar di bawah program Pra-USM tahun lepas? Terima kasih

    BalasPadam
  11. Salam...semua pelajar program ni memang akan dapat sambung di USM ke or sebahagian yg layak je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yg masuk program ni dijamin tempat di usm. Yang xpasti hanyalah course yg akan diambil. Walaupun ada syarat kena score certain pointer (2.0 ke atas rasanya) tapi pihak mara masih bagi peluang (budi bicara) kalau xdpt score

      Padam
  12. Dewan kuliah dan bilik tutorial asing walaupun semua kat blok akademik. Asrama pn sama asing ikut program tapi blok sama. Cth blok asrama lelaki tingkat atas untuk pelajar pra u usm, tingkat bawah matrik

    BalasPadam
  13. Selepas tamat program pra-usm ytp mara tu student mara perlu ade interview ke utk ambik course medic di usm mcm student yg apply course medic melalui upu, ataupun memang dh ade tempat utk student bwah program ytp mara ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada interview untuk course medic, dentistry dan pharmacy. Bilangan tempat untuk setiap course bergantung kepada pihak MARA. Biasanya 40+ medic usm kubang kerian, 40+ medic kle (india)

      Padam
  14. girls boleh pakai bj kurung moden yg ats lutut tak??

    BalasPadam
  15. Anak saya nak masuk 9 jan 2022 ni,, klu ikut tawaran tu , anak saya 2 sem di kmk, lepas tu amik kos medic kat rmc, unikl ipoh, kawan dia amik pra usm, pas tu gi usm kubang kerian,,dgr ada yang gi MARHA amik medic

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat pinjaman mara terus 6 tahun, 350k sepanjang pengajian,, klu dulu dia bagi masa kat kmk, setahun,, lps tu ramai lari bljr gi oversea under jpa or sponsor lain

      Padam
  16. Lepas kolej mara boleh ke mana ya degree? Universiti awam lain boleh???

    BalasPadam
  17. I'm sorry if it is sound like a racist. Tpi KMKu dah buka untuk chinese and india ka? Sbb batch sy 18/19 tk da pon.

    BalasPadam

Catat Ulasan